11.6 C
New York
Wednesday, November 20, 2024

GWM Haval H6 HEV sudah boleh ditempah; harga anggaran RM145k, waranti enjin & hibrid sejuta KM


GWM Haval H6 HEV sudah boleh ditempah; harga anggaran RM145k, waranti enjin & hibrid sejuta KM

GWM Malaysia hari ini mengumumkan bahawa SUV segmen-C yang sebelum ini dijangka akan dilancarkan di sini pada suku ke-3 2024 iaitu Haval H6 sudahpun boleh ditempah. Pengumuman berkenaan dibuat menerusi satu hantaran yang dibuat menerusi laman Fb rasmi syarikat itu sebentar tadi.

Dalam hantaran berkenaan GWM Malaysia menayangkan mannequin ini dalam versi hibrid iaitu Haval H6 HEV. Ia diumum akan dijual pada pasaran Malaysia dengan harga anggaran RM145,000, dan pelanggan yang menempah (dengan yuran tempahan RM1,000) akan menerima ganjaran istimewa bernilai RM3,000 – namun ia belum dijelaskan dalam bentuk apa.

Selain itu GWM Malaysia turut akan memberikan warant enjin selama 10-tahun atau sejuta kilometer (yang mana sampai dahulu) dan juga waranti untuk sistem hibrid elektrik selama 8-tahun atau sejuta kilometer (yang mana sampai dahulu) – kedua-dua ini juga hanya ditawarkan untuk pelanggan-pelanggan terawal yang menempah mannequin ini dalam tempoh pra-tempahan yang diumum hari ini, serta hanya sah untuk pemilik pertama dan didaftarkan sebagai kenderaan persendirian sahaja.

Untuk sistem hibrid elektrik tersebut komponen yang terlibat dalam waranti yang ditawarkan adalah termasuk kotak gear Devoted Hybrid Transmission (DHT), bateri dan kabel voltan tinga dan juga kotak komputer kawalan transmisi (TCU).

Dalam pengumuman yang dibuat sebelum ini, GWM mengumumkan bahawa Haval H6 ini akan terus ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang akan dibuat menerusi kilang milik EPMB di Melaka.

Mannequin ini pernah ditayangkan kepada umum ketika berlangsungnya Malaysia Autoshow awal tahun ini. Bagi varian HEV, ia menggabungkan enjin empat silinder 1.5 liter turbo berkuasa 150 PS/230 Nm dengan motor elektrik 177 PS/300 Nm yang disepadukan dalam transmisi DHT dua kelajuan. Ini membolehkan kuasa keseluruhan yang dibekalkan adalah 243 PS dan 530 Nm, dengan penggunaan bahan api di sekitar 5.2l/100 km.

Dari segi saiz, dimensi H6 ini mencatatkan ukuran panjang 4,683 mm, lebar 1,886 mm dan tinggi 1,724 mm. Jarak rodanya pula adalah sejauh 2,738 mm, lebih jauh berbanding saingan-saingan terdekatnya seperti Proton X70 (2,670 mm), Honda CR-V (2,660 mm) dan Mazda CX-5 (2,700 mm).

Manakala untuk kelengkapan, spesifikasi awalan yang telah diumum sebelum ini termasuk lampu utama LED matriks, lampu belakang LED, tempat duduk hadapan larasan kuasa, panel instrumen digital 10.25 inci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 12.3 inci, lampu suasana, bumbung suria, enam beg udara, kamera 360 darjah dan sistem bantuan letak kereta.

Untuk keselamatan pula, H6 pasaran Malaysia ini menerima sensor ultrasonik, kamera dan juga radar bagi memberikan sistem bantuan pemandu (ADAS) dengan fungsi termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Management, Site visitors Jam Help, Rear Cross Site visitors Alert, Lane Change Help dan Knowledge Dodge System yang boleh menjaga jarak selamat daripada kenderaan yang besar.

GALERI: Haval H6 HEV

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles