2.2 C
New York
Saturday, January 18, 2025

Radar King Kong dilancar di China – trak pikap elektrik lebih murah berbanding RD6, kuasa sehingga 381 PS


Radar King Kong dilancar di China – trak pikap elektrik lebih murah berbanding RD6, kuasa sehingga 381 PS

Geely melancarkan trak pikap elektrik baru, Radar King Kong di China, di mana ia ditawarkan dalam tujuh varian dan harga antara 99,800 ke 159,800 yuan (RM61k ke RM98k). Menurut CarNewsChina, King Kong adalah satu alternatif yang lebih murah (mungkin juga pengganti) kepada RD6 (dikenali sebagai Riddara RD6 di Thailand) yang sudah diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Berkenaan reka bentuk, King Kong nampak seperti RD6 yang diperkemas semula, dengan perubahan ketara hanya pada lampu hadapan, yang mempunyai tiga jalur LED di keliling lampu utama serta gril hadapan. Untuk dimensi pula, ia mencatat lebar 1,900 mm dan tinggi antara 1,865 mm – 1,880 mm bergantung kepada jenis badan. Jarak roda dan panjang pula adalah 3,120 mm, 5,260 mm untuk mannequin biasa dan 3,310 mm, 5,500 mm untuk versi jarak roda panjang.

Bahagian dalam juga nampak sama seperti RD6, tetapi konsol tengah telah direka semula untuk menempatkan tombol gear baru serta beberapa lagi butang kawalan fungsi. Sebagai makluman, versi jarak roda panjang mempunyai ruang barangan belakang yang lebih panjang.

Radar King Kong dilancar di China – trak pikap elektrik lebih murah berbanding RD6, kuasa sehingga 381 PS

Menggerakkan King Kong adalah motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang, berkuasa 245 PS (241 hp atau 180 kW) dan tork 309 Nm. Ia dipadankan bersama bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan kapasiti tenaga 42 kWh (jarak gerak 310 km), 63 kWh (jarak gerak 430 km) atau 73 kWh (jarak gerak 505 km) – mengikut normal CLTC.

Varian RWD juga boleh didapati dengan bateri nickel manganese cobalt (NMC) 86 kWh, yang dapat memberikan jarak gerak 605 km. Pakej ini, bersama dengan LFP 73 kWh boleh menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat, manakala versi bateri 63 kWh dan 42 kWh mencatat masing-masing 8.1 dan 8.2 saat.

Selain daripada itu, trak pikap ini juga boleh didapati dengan tetapan dua motor, pacuan semua roda yang berkuasa 381 PS (375 hp atau 280 kW) dan tork 485 Nm. Ia menggunakan bateri LFP sama ada berkapasiti 55 kWh (jarak gerak 330 km) atau 73 kWh (jarak gerak 460 km), atau bateri NMC 86-kWh (jarak gerak 520 km).

Radar King Kong dilancar di China – trak pikap elektrik lebih murah berbanding RD6, kuasa sehingga 381 PS

Dengan lebih kuasa, varian AWD boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat (LFP 73-kWh dan NMC 86-kWh), atau 6.9 saat (LFP 55-kWh). Laju maksimum kesemuanya adalah sama, iaitu 160 km/j.

Perbezaan lain yang boleh dilihat adalah pada jarak kelegaan dari tanah dan kapasiti muatan, iaitu masing-masing 220 mm dan 790 kg untuk varian RWD, sementara varian AWD pula 225 mm dan 910 km. Varian AWD juga mempunyai gred mendaki maksimum lebih tinggi, iaitu 95%, berbanding 65% bagi RWD.

Kelengkapan lain yang diberi pada King Kong adalah termasuk sistem tanpa kunci, panel instrumen digital 8.8 inci, skrin sesentuh lapan inci, cruise management, lampu DRL dan lampu belakang LED, rim 17 inci serta pembekal kuasa 15 kW. Dalam laman internet tidak dinyatakan King Kong ini dilengkapi dengan sebarang fungsi ADAS, sesuai dengan harganya yang lebih murah berbanding RD6.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles